Perisian

Anda telah pun tahu serba sedikit mengenai Arduino jika anda telah membaca ruangan “Apakah Arduino?” di bahagian pengenalan.

Di bahagian ini pula saya akan menerangkan tentang perisian yang digunakan untuk menulis kod dan bagaimana memasang perisian ini pada PC atau Laptop anda.

Oleh kerana Arduino dibina atas dasar sumber terbuka anda boleh muat turun perisian tersebut dari Laman Rasmi Arduino secara percuma. Pada masa saya menulis ini, versi yang terbaru adalah Arduino 0017.

Untuk memuat turun klik  “Laman Rasmi Arduino”  di ruangan sebelah kanan yang telah saya sediakan. Dari Laman Arduino Klik  “Download” dan anda akan melihat gambarah seperti di bawah.

9-10-2009 8-20-06 AM

Pilih sistem operasi yang anda gunakan untuk muat turun. Fail Arduino-0017.zip akan dimuat turun ke komputer anda. Saiz nya lebih kurang 80Mb. Jadi penggunaan Jalur lebar amatlah digalakkan. Kemudian anda boleh unzip fail tersebut.

Mudah saja.
Yang best nya perisian ni PERCUMA

Menulis Kod Pertama Anda.

Klik pada folder Arduino0017 dan anda akan melihat gambrajah seperti dibawah.

Arduino0017folder

Klik logo Arduino dan anda akan melihat antaramuka seperti dibawah. Antaramuka ini dinamakan” sketch”. Ia dibina secara sumber terbuka, oleh itu sentiasa ada pembaharuan dan penambah baikan dari masa ke semasa.

9-11-2009 1-32-08 PM

Disinilah anda akan menulis kod untuk di muat naik ke Arduino anda. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah  “C” yang telah dipermudah  .Sesuai untuk anda yang baru bermula  dan ingin mencuba. Anda boleh cuba memasukkan kod yang telah saya sediakan di bahagian projek dan tutorial.

“Selamat mencuba”

Jika anda menghadapi masaalah atau sebarang pertanyaan mengenai perisian dan papan pembagunan Arduino,anda boleh menghubungi saya melalui email:

azmaxim@hotmail.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

2 Respons to “Perisian”

RSS Feed for Arduinostudio's Blog Comments RSS Feed

macam best je. huhu

bro, pernah dengar perisian arduide? Open source bro made up from Qt C++

Jom terjah huhux


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: