Kenapa Arduino?

Ramai yang bertanya saya kenapa saya pilih Arduino sedangkan benda ni tak popular dan tak ramai yang tau tentang kewujudannya. Kebanyakan pelajar Kolej dan universiti yang mengambil kursus Electrical Electronic Engineering menggunakan uC PIC untuk belajar dan buat projek. Dah lebih 20 tahun PIC ni jadi pujaan. Boleh kata PIC ni macam Siti Norhaliza lah. Sebut je nama orang dah tau.

Sebenarnya  saya  berminat dalam elektronik  sejak sekolah  lagi.  Masa tu banyak tengok cerita sains fiksyen macam space 1999, Lost in Space dan Star Wars . Dari situ timbul minat pada Robot. Tapi pada masa tu susah nak dapatkan sumber bacaan ataupun peralatan. Kalau ada pun tak mampu nak beli.

Dipendekkan cerita 3 tahun lepas saya terbaca sebuah buku “Robotic for eveil genius”. Nasib baiklah masa sekolah dulu minat nak belajar Bahasa Inggeris. Pengarang buku tu gunakan uC Basic Stamp2 untuk buat robot. Sekarang ni saya  dah bekerja. Ada lah duit sikit. Saya pun carilah siapa yang jual Basic Stamp2 kat sini. Ada sebuah syarikat yang jual Kit Robot  Basic Stamp dengan harga RM800. Oleh kerana  minat saya beli. Tidak dinafikan Basic Stamp ni mudah untuk dipelajari kerana boleh diprogram dengan Pbasic. Bahasa pengaturcaraan asas yang mudah.

images

Selepas 2 tahun dengan Basic Stamp saya belajar pula tentang PIC. Bagus juga, tapi nak beli compiler pulak mahal dan sedikit rumit untuk diprogram. Maklumlah belajar sendiri. Nasib baiklah ada banyak forum mengenai uC di internet.Jadi saya banyak dapat maklumat dan belajar dari mereka yang lebih arif di forum-forum tersebut.

Baru-baru ni  setelah membuat sedikit kajian dan perbandingan saya dapati Arduino ni senang nak dipelajari. Boleh di program dengan C sama macam PIC dan compiler percuma pulak tu. Harga pun lebih murah. Ada banyak projek yang dibuat oleh pengguna Arduino di internet.

Arduino di buat oleh sekumpulan Jurutera di Italy untuk dijadikan uC pilihan di kolej dan universiti disana menggantikan Basic Stamp yang mahal harganya. Dengan menjadikan nya  sebagai projek open source, sebab tu lah harga nya lebih murah dan compiler nya di beri percuma.

Sekarang ni Arduino dah semakin popular di Eropah dan U.S. Ramai yang memilih Arduino untuk membuat projek dan menjadikannya sebagai hobby.

Jadi saya ambil kesempatan ni untuk  berkongsi dengan sesiapa saja yang mempunyai minat yang sama. Lebih-lebih lagi pada adik-adik yang masih bersekolah,kalau ada minat dan nak belajar saya sedia membantu. Maklumlah zaman saya dulu mana ada benda ni semua. Kalau ada pun tak mampu nak beli.

Oleh kerana kebanyakan buku-buku yang ada semuanya dalam bahasa Inggeris saya mengambil inisiatif untuk membuat projek dan tutorial dalam Bahasa Malaysia.Supaya lebih ramai lagi berpeluang untuk mengembangkan bakat dan minda dalam bidang ni.

Untuk saya belajar ni, taklah  sampai nak jadi tuan engineer,tapi mungkin dengan usaha saya yang tak seberapa ini akan meramaikan dan menceriakan lagi dunia elektronik, rekacipta dan robotik di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

7 Respons to “Kenapa Arduino?”

RSS Feed for Arduinostudio's Blog Comments RSS Feed

Alhamdulillah..
saya menyokong penuh penuh usaha saudara dalam memperkenalkan Arduino ini kepada rakyat negara kita Malaysia.
Saya tak langsung juga timbul minat tentang arduino ini. tapi pengetahuan dalam bidang mikro c ni ‘0’ cuma ade pengalaman guna PLC aje..
semoga usaha saudara berkongsi ilmu ini menjadi satu ibadah dan mendapat keberkatan hingga ke akhirat. aminn… wassalam.

Cantik tu bro… Saya pun minat gak, tapi bab math nie fail la… boleh ke saya blajar lagi… lag pun umodah 30…

Belajar tak kira umur.Yang penting mesti ada minat untuk belajar,saya pun tak lah muda sangat.Umur saya pun lebih dari saudara. he he…

Teruskan usaha anda. So far, saya dh pernah guna PLC, PIC dan Xilinx FPGA. Jika saya ada masa nnti, boleh juga cuba2 dgn Arduino ni.

Saya Sokong Usaha Arduinostudio 100%, teruskan membawa lebih banyak Arduino dan assesory Arduino hardware dan software ke Malaysia

Salam,
Saya berminat dengan arduino ni.. cuma nak tanya :-

1. untuk buat satu project … dah tentu kena pakai 1 board arduino ni.. so.. katakanlah nak buat 2-3 project yang berbeza (secara kekal), maknanya kenala ada 2-3 board arduino secara berasingan.. betul ke?..

Wsalam,

Board Arduino tu untuk memudahkan membuat prototype. Sama seperti PIC untuk membuat projek kekal boleh gunakan cip Atmega 328 yang mempunyai Arduino Bootloder. Boleh dapatkan schematic di sini http://cdn.shopify.com/s/files/1/0038/9582/files/RBBB_Instructions_06.pdf?1260749296

Atmega 328 dengan Arduino bootloder boleh dapatkan dari sini http://www.myduino.com/index.php?route=product/product&product_id=86


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: