Alat Penggera Mudah Alih

Posted on Oktober 27, 2009. Filed under: Alat Penggera, Projek & Tutorial, Sensor | Tags: |

Baru-baru ini rumah rakan saya telah dimasuki pencuri dan beberapa peralatan seperti laptop dan kamera telah dicuri. Saya rasa banyak lagi perkara seumpama ini berlaku jadi kali ini saya akan menunjukan cara membuat alat penggera mudah alih yang mudah dan murah.

Perlatan yang diperlukan ialah:

1. PIR Sensor (RM40)

PirSensor2. Hon penggera kereta (RM10. beli di kedai barang-barang terpakai)

Horn_Alarm

3. Led

Cara memasang peralatan.

1. Pasangkan PIR sensor pada Arduino seperti gambarajah di bawah.

PirSensortoArduino

2. Pasangkan Hon penggera pada Arduino. Biasanya terdapat 4 wayar pada hon penggera merah,hitam,putih dan biru. Sambungkan wayar merah pada Vin,wayar hitam pada Gnd dan wayar putih ke Pin 11. Abaikan wayar biru.

3. Pasangkan Led, Anod(+) ke Pin13 dan Katod(-) ke Gnd.

Taip kod di bawah ke “Sketch” dan muatnaik ke Arduino.

/* PIR sensor tester*/
int alarmPin = 11;
int ledPin = 13; // choose the pin for the LED
int inputPin = 2; // choose the input pin (for PIR sensor)
int pirState = LOW; // we start, assuming no motion detected
int val = 0; // variable for reading the pin status
void setup(){
pinMode(ledPin, OUTPUT); // declare LED as output
pinMode(inputPin, INPUT); // declare sensor as input
pinMode(alarmPin, OUTPUT);
Serial.begin(9600);
//Blink Led for 10 times before activate alarm (20 second)
for (int i=0; i < 10; i++) {
digitalWrite(ledPin,HIGH);
delay(1000);
digitalWrite(ledPin, LOW);
delay(1000);
}
}
void loop(){     // Start detecting motion
val = digitalRead(inputPin); // read input value
if (val == HIGH) { // check if the input is HIGH
digitalWrite(alarmPin, HIGH); // turn LED ON
digitalWrite(ledPin, HIGH);
if (pirState == LOW) {
Serial.println(“Motion detected!”);
delay (60000);
pirState = HIGH;
}
} else {
digitalWrite(alarmPin, LOW); // turn LED OFF
digitalWrite(ledPin, LOW);
if (pirState == HIGH){
Serial.println(“Motion ended!”);
pirState = LOW;
}
}
}
Gambar dibawah ialah alat penggera mudah alih yang saya buat menggunakan kotak kasut. Pencuri yang masuk ke rumah pasti tidak akan menyangka bahawa kotak kasut ini adalah alat penggera. Alat penggera ini telah di program untuk berbunyi selama satu minit dengan bunyi yang agak kuat dan boleh membuat pencuri rasa panik dan lari.
Photo-0064
Photo-0062

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

8 Respons to “Alat Penggera Mudah Alih”

RSS Feed for Arduinostudio's Blog Comments RSS Feed

Assalamualaikum..
Caya lah bro.. saya berminat utk mengetahui lebih lanjut berkaitan arduino ini. mcm mana saya nak start dari zero knowledge. Saya baca coding tu pun dah tak faham.🙂

Boleh beli Arduino kat sini http://myduino.com
Software dan e-book untuk beginner diberi percuma.E-book tu ada detail langkah demi langkah siap dgn ilustrasi sekali.Mudah untuk difahami.

Salam bro,
simple and low cost. Saya dari bidang mekanikal memang tak tahu sgt pasal elektronik. Bagaimanapun saya bermint ingin tahu detail berkenaan projek diatas, peralatan yang digunakan dapat dimana serta diagram pemasangan. Harap dapat membantu. Thanks.

W’salam,
Boleh dapatkan dari MyDuino.com,link kat sebelah kanan tu. Untuk rujukan boleh “download beginners guide.PDF” dari MyDuino.com bahagian “Information”.
Memang bagus dan murah untuk dipelajari.

wa sa kagum dengan projek ni….
kira2 brapa kos kesemua utk projek ni…

Boleh guna DRFduino 328 RM108. PIR Sensor RM40 dan Hon alarm terpakai. tak sampai RM200.

sgt berminat dgn alat penggera tersebut,tp sangt zero dalam bdang elktronik nie.arduino tu same ke dengan papan warna gold dalam brg2 elektroni nie,

Best gak… cam mana nak cari alat ni kat Malaysia?


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: