Projek #3 Menggunakan Suis (Input)

Posted on September 15, 2009. Filed under: Led, Projek & Tutorial | Tags: |

Anda telahpun belajar bagaimana menyalakan Led di projek #1 dan #2.
Kali ini anda akan belajar menggunakan suis butang tekan sebagai masukan (input) untuk menyalakan Led.

Pasangkan litar mengikut gambarajah dibawah.

digital-input-button_Button_1

Komponen yang diperlukan:

1. Suis butang tekan

2.Perintang 10Kohm  (cokelat,hitam,jingga)

3.Led

4.Wayar penyambung.

Cara memasang Led sama seperti Projek #1. Kemudian sambungkan wayar penyambung antara 5v dan salah satu kaki suis. Satu lagi wayar dari kaki suis yang satu lagi ke pin 2 pada Arduino. Sambungkan perintang 10Kohm (Perintang menarik turun) antara pin 2 ke negatif (-).

Masukkan kod dibawah pada Sketch dan muat naik ke Arduino.

/*
* Button
* by DojoDave <http://www.0j0.org&gt;
*
* Turns on and off a light emitting diode(LED) connected to digital
* pin 13, when pressing a pushbutton attached to pin 7.
*
*/
int ledPin = 13;                // choose the pin for the LED
int inputPin = 2;               // choose the input pin (for a pushbutton)
int val = 0;                    // variable for reading the pin status
void setup() {
pinMode(ledPin, OUTPUT);      // declare LED as output
pinMode(inputPin, INPUT);     // declare pushbutton as input
}
void loop(){
val = digitalRead(inputPin);  // read input value
if (val == HIGH) {            // check if the input is HIGH
digitalWrite(ledPin, LOW);  // turn LED OFF
} else {
digitalWrite(ledPin, HIGH); // turn LED ON
}
}
/*
* Projek #3 menggunakan suis
*
* Menyalakan Led pada pin 13 apabila suis di tekan pada pin 2 .
*
*
*/
int ledPin = 13;                // Pin untuk Led
int inputPin = 2;               // Pin untuk suis
int val = 0;                    // pemboleh ubah untuk suis (digital 0 atau 1)
void setup() {
pinMode(ledPin, OUTPUT);      // LedPin sebagai keluaran (Output)
pinMode(inputPin, INPUT);     // suis sebagai masukan (Input)
}
void loop(){
val = digitalRead(inputPin);  // baca nilai masukan (0 atau 1)
if (val == HIGH) {            // semak nilai masukan (jika 1)
digitalWrite(ledPin, LOW);  // matikan Led
} else {
digitalWrite(ledPin, HIGH); // nyalakan Led (jika masukan 0)
}
}
Anda boleh mencuba untuk mengubah kod yang diberi.  Cuba buat Led menyala selama 10 saat kemudian padam setiap kali suis di tekan.
” Selamat mencuba”

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

%d bloggers like this: