Apakah Arduino?

Duemilanove_1
Duemilanove_2

Anda mungkin tertanya-tanya apa benda Arduino ni? Ada yang bertanya pada saya Arduino ni awek Italy ke? Untuk yang dah biasa dengan Mikro Kontroler mungkin ada yang tau. Sebenarnya Arduino ni ialah  Papan pembangunan (development board)yang menggunakan uC Atmega untuk buat projek ataupun experiment.Lebih kurang macam PIC lah tapi baru diperkenalkan pada 2005 di Italy. Tujuan utama adalah untuk menghasilkan Development Board yang lebih murah supaya dapat digunakan oleh lebih ramai pelajar disana.Hari ni Arduino dah jadi makin popular sehinggakan ada fesyen designer di Italy yang menggunakannya untuk pakaian baru mereka.

Senarai empat nama dibawah ini adalah mereka yang terlibat dalam menghasilkan Arduino.

David A. Mellis
Copenhagen Institute of
Interaction Design
Njalsgade 88
2300 Copenhagen S, Denmark
dam@mellis.org
Massimo Banzi
Tinker.it!
Via Amendola, 2
20052 Monza (MI) Italy
m.banzi@tinker.it
David Cuartielles
School of Arts and Communication
Malmö University
20506 Malmö Sweden
david.cuartielles@k3.mah.se
Tom Igoe
ITP, Tisch School of the Arts, NYU
721 Broadway, 4th floor
New York, NY 10003 USA
tom.igoe@nyu.edu
David A. Mellis
Copenhagen Institute of
Interaction Design
Njalsgade 88
2300 Copenhagen S, Denmark
dam@mellis.org

Massimo Banzi
Tinker.it!
Via Amendola, 2
20052 Monza (MI) Italy
m.banzi@tinker.it

David Cuartielles
School of Arts and Communication
Malmö University
20506 Malmö Sweden
david.cuartielles@k3.mah.se

Tom Igoe
ITP, Tisch School of the Arts, NYU
721 Broadway, 4th floor
New York, NY 10003 USA
tom.igoe@nyu.edu

Lebih khususnya Arduino ialah sejenis Papan Pembangunan yang boleh digunakan untuk berinteraksi dengan peralatan luaran seperti mengesan dari sensor dan mengawal peralatan seperti motor dan relay. Jadi anda boleh menggunakan Arduino untuk membina peralatan elektronik seperti alat penggera,jam digital,paparan Led dan juga robot atau apa saja mengikut kreativiti anda.Dibina secara sumber terbuka supaya dapat digunakan dengan lebih mudah dan murah berbanding mikro kontroler lain yang ada  di pasaran.

Terdapat banyak mikro kontroler dipasaran antaranya PIC,Basic Stamp dan lain lain. Kesemua mikro kontroler ini boleh diguna untuk membina peralatan seperti yang dinyatakan tadi.

Apakah yang membezakan antara Arduino dengan mikro kontroler lain?

  • Lebih Murah – Oleh kerana Arduino dibina secara sumber terbuka ianya lebih murah berbanding mikro kontroler lain yang ada di pasaran.
  • Platform bersilang – Arduino boleh digunakan pada semua sistem operasi komputer Windows,Mac OSX dan Linux. Kebanyakan mikro kontroler lain terhad kepada sistem operasi Windows sahaja.
  • Pengaturcaraan mudah – Pengaturcaraan C yang dipermudah. Sesuai digunakan oleh penuntut sekolah atau yang ingin memulakan hobby dan menepati kehendak pengguna yang lebih berpengalaman kerana boleh diperkembangkan ke C++.
  • Perisian sumber terbuka – oleh kerana perisian ini dibina secara sumber terbuka ia boleh didapati secara percuma berbanding perisian untuk mikro kontroler lain yang harganya mencecah lebih seribu ringgit.
  • Papan pembagunan sumber terbuka – Papan pembagunan seperti contoh yang anda lihat diatas (Arduino Duemilanove) dibina secara sumber terbuka oleh itu anda boleh mendapatkan dengan harga yang lebih murah. Sesuai untuk mereka yang ingin belajar atau memulakan hobby dalam bidang elektronik,robotik dan rekacipta. Papan pembagunan Arduino Duemilanove di buat di Italy namun anda boleh dapatkanya dengan harga kurang dari RM150.00

Untuk mendapatkan peneranagan lebih lanjut anda boleh melayari laman web rasmi Arduino melalui link yang saya sertakan di sebelah kanan.

Saya akan memuatkan beberapa tutorial yang diterjemah ke Bahasa Malaysia bagi memudahkan anda memulakan pembelajaran anda dengan Arduino .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

24 Respons to “Apakah Arduino?”

RSS Feed for Arduinostudio's Blog Comments RSS Feed

mana boleh dapat electronic/micro controller ini?

Untuk mendapatkan Arduino sila e-mail ke azmaxim@hotmail.com

Met up with Azmi and got my first arduino board😀

Really nice to know you… am looking forward to your tutorial on making this hobby grow😀

Thanks.

Nice to meet you too.

Do you sell Arduino ethernet shield? I would
like to purchase one Arduino Duemilanove 328
and one Wiznet 811mj

See below for details:
http://www.wiznet.co.kr/en/pro01.php?ss%5B2%5D=2

I have send an e-mail to you regarding both products.
Thanks.

Tahniah Bro..

salam en tobor (ur nick dalam mesra)..
terima kasih kerana berkongsi maklumat..lebih2 lagi utk org macam saya yg memang tak tau ttg arduino ni..

wow. siap ade map italy berbentuk kasut lagi di blakang bourd ini. bila agak nya map malaysia akn muncul di blakang sebuah microcontroller bourd..?🙂

adakah arduino datang sekali bersama programmer nya sekali atau memerlukan hardware lain utk memuat turun hex file kedalamnya seperti sesetengah microcontroller bourd yg lain?

Tak perlu programmer.Boleh upload terus kod melalui usb.
Itulah kelebihan Arduino.

saya bukan dr bidang MC tp perubatan
jadi nak tahu apa benda asas yg perlu saya tahu sblm main dgn arduino, atau arduino ni mudah utk org baru mcm saya
ada tak dealer mcm littlebirdelectronic.com di malaysia.
saya skrg di australia dan amat berminat dgn arduino ni sbg hobi dan utk projek KMK di jabatan saya.

//Asray

Sedikit pengetahuan dalam komponen elektronik dan tahu membaca litar.Anda boleh muat turun (download) e-book
dari link di sebelah kanan.e-book tu sangat sesuai untuk yang baru nak bermula dengan Arduino.
Untuk dapatkan Arduino sila e-mail saya.

di malaysia pn sudah ada pengeluar microcontroller yg lebih murah menggunakan PIC sbg microcontroller. cuma RM60 boleh program terus menggunakan USB ke komputer tanpa programmer. perisian pn boleh download percuma dari microchip.com..boleh menggunakan pelbagai programming language spt C,C++,assembly,BASIC..

Lebih banyak pilihan lebih baik.Arduino mempunyai komuniti tersendiri.

http://www.arduino.cc/cgi-bin/yabb2/YaBB.pl

Banyak projek disediakan di letsmakerobot,makezine dan instructables.Senang nak buat rujukan.e-book pun banyak boleh download secara percuma.

Terserah pada pengguna untuk buat pilihan.

Salam..
Saya telah terima Arduino MicroController daripada En.Azmi (poslaju). Bagi saya Arduino lebih mudah berbanding PIC kerana ‘IDE’ nya menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C. Bahasa komputer yang telah dipelajari semasa di IPT/Kolej. ‘Development time’ tidak memerlukan masa yang agak lama. Microchip walaupun ada Bahasa C, tetapi terhad (bagi ‘free edition’).

Jika anda adalah pelawat yang ke 2000 anda akan mendapat Arduino Duemulanove 328 secara percuma.Caranya ambil gambar dan e-mail kepada saya.

How do I email you for the above?

Tahniah Snorlax.

Yang lain-lain tu jgnlah hampa ya. Tak da rezeki. Tapi kalau nak jugak boleh dapatkan di http://myduino.com

Terima kasih pada semua yang beri sokongan.

Tahniah lah snorlax,
Terlepas lak yang ke 2000.
Taniah juga dah 3114 pelawat..
TQ

Cam best je best jer arduino nie…

mcm mane nk buat coding microcontroller untuk projek ini…

http://www.slideshare.net/pawan2002/multi-level-parking

bleh tlong

Sila ke Arduino Malaysia Forum http://forum.myduino.com
Mungkin ada yang dapat membantu.

encik..
saya nak minta tolong sikit,
saya hendak buat projek elektronik tentang kipas kawalan suhu…

kipas yang ingin saya buat ialah…
kipas tersebut apabila suhu terlampau panas contohnya 34 celcius , kipas akan laju pada level 3.. bila suhu sederhana, kipas akan pada level 2, apabila suhu bawah 30 celcius,kipas pada level 1, kipas yang ingin saya gunakan ialah kipas stand AC (a.u).saya harap encik dapat tolong saya…jika ada maklumat tentang projek ini, saya akan membeli projek pada pihak tuan..harap dapat membantu saya…terima kasih…

Sila bincang tentang projek anda di http://forum.myduino.com

Saya akan cuba bantu.

T kasih.


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...